Selamat Datang !


Sahabat

Khamis, 24 Mac 2011

BERDOA

Salam..
Alhamdulillah,kita masih lagi boleh bernafas dan boleh berdoa sentiasa kepada-Nya
kali ini saya nk kongsikan mengenai DOA.

Berdoa merupakan amalan penting yang dapat menghubungkan insan dengan Allah SWT sebagai penyelesaian segala masalah rohani dan jasmani , pelerai kesulitan
dunia dan akhirat.
Allah SWT berfirman:

Maksudnya:" Dan apabila hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai-Ku,sesungguhnya Aku terlalu hampir. Aku perkenankan doa orang yang meminta apabila ia berdoa
kepada-Ku"
                    ( Surah al-Baqarah: 186 )

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :
Daripada Abu Umamah  r.a. katanya : Telah ditanya orang akan Rasulullah SAW:
"Ya Rasulullah, manakah dia doa yang paling didengari?"
Rasulullah SAW bersabda , "Di penghujung malam yang terakhir dan selepas solat lima waktu,"
               (Riwayat al-Tirmizi)




Adab Dan Sifat Berdoa

Berdoa ialah suatu ibadah yang mempunyai peraturan yang perlu  dipatuhi supaya dimakbulkan Allah.Antaranya ialah:
* Keadaan bersih diri sebaik-baiknya berwuduk , bersih pakaian dan tempat serta menutup aurat.
* Dalam keadaan khusyuk dan merendahkan diri kepada Allah dan menghadap ke arah kiblat.
* Merendahkan suara dan tidak menggangu orang lain.
* Jangan menggunakan lafaz doa yang bersajak.
* Yakinkan bahawa doa yang dipohon itu diperkenankan oleh Allah SWT.
* Memulakannya dengan memuji Allah dan selawat (ke atas Nabi SAW) dan juga mengakhirinya dengan pujian terhadap Allah dan berselawat.
* Beristighfar (bertaubat) sebelum berdoa.
* Hendaklah memahami isi dan maksud doa yg dilafazkan
* Doa bukan bertujuan melakukan dosa atau memutuskan hubungan silaturahim dan jangan memohon segera dimakbulkan doa tersebut.
* Memulai doa dengan memohon keampunan utk dosa diri sendiri,kemudian utk saudara-mara beriman.
* Dengan penuh pengharapan dan jangan cuba mengatakan : " Ya Allah ,ampunkanlah daku sekiranya Engkau mahu,rahmatilah sekiranya Engkau inginkan."
* Berdoa dengan suara perlahan
* Mengangkat kedua-dua tangan sehingga ke paras bahu.
* Menadah tapak tangan mengarah ke langit dan sekiranya meminta perlindungan ,tapak tangan mengarah ke bawah.

Waktu Mustajab Berdoa

* Waktu pagi sebelum terbit matahari dan setelah  selesai menunaikan solat subuh.
* tiap2 selepas solat fardhu lima waktu.
* Antara solat zuhur,Asar,dan maghrib.
* Antara Azan dan Iqamah atau selepasnya.
* ketika bangun tidur
* ketika hujan turun
* Ketika hendak masuk dan keluar  masjid.
* Antara takbir solat hari raya.
* Ketika sujud dlm solat khususnya pd sujud terakhir.

Tanda-tanda Doa dimakbulkan

* Terasa sesuatu yg menakutkan
* Menangis tatkala berdoa(bukan dibuat-buat)
* terasa menggeletar beberapa ketika semasa berdoa.

AMALKAN LAH UTK KEBAIKAN DUNIA DAN AKHIRAT..
WSALAM..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...