Selamat Datang !


Sahabat

Selasa, 15 November 2011

sedih laa~~

Masa berlalu dengan begitu cepat sekali..
huhh..tidak dpt aku merasakn begitu cepat
sekali masa berlalu..
selasa-->rabu-->khamis-->jumaat-->sabtu-->bertolak ke perak
sedih menyelubungi hati ini yg
tak nak meninggalkan family
yg sg sy sayangi..
rasa nk menangis..
cuti sem yg begitu cepat menghampiri penghujungnya
huhuhu..
saya akn meneruskn perjuangan utk terus belajar dn belajar
walaupun dlm hati ini penuh deengan
rasa sedih dn kerinduan...terhadap FAMILY..
ayah,mama..kakak akn sentiasa mengingati mu
walau ap pun yg berlaku..

*SEDIH

Rabu, 9 November 2011

TIPS KURUSKAN BADAN

Ramai di antara wanita yang berazam untuk kuruskan badan. Tetapi untuk menguruskan badan perlu mempunya kesabaran dan komitmen yang tinggi!  Berikan diri anda ruang, masa dan usah cepat berputus asa. Anda pasti boleh! Kalau anda betul-betul ingin menguruskan badan, sebaik-baiknya usahakannya secara semulajadi. Dengan menggabungkan 2 aspek iaitu pemakanan seimbang dan senaman yang konsisten. Biarpun hasilnya lambat sedikit, ianya pasti berbaloi.
Teringat kisah seorang rakan saya yang sangat taksub untuk menguruskan badan. Boleh dikatakan hampir berpuluh produk yang dia cuba. Hasilnya, ada yang berkesan dan ada yang tidak tetapi tempoh berkesan itu hanya sekejap dan dia pun tak sanggup untuk sepanjang hidup bergantung dengan produk-produk kurus. Duit pun melayang.
Akhirnya dia mencuba satu yang baru, dengan mengawal pemakanan dan bersenam. Ya, memang hasilnya agak lambat, tetapi kepuasan mempunyai badan yang ramping itu amat bermakna. Dan yang penting tiada kesan sampingan dan tiada kos yang tinggi!
Antara tips beliau:
1. Hindari Lemak dan kurangkan Kaborhidrat
Kurangkan makan daging dan ayam. Juga kurangkan nasi, jangan terus berhenti mengambil nasi cuma kurangkan.  Anda boleh cuba gantikan nasi dengan bihun mungkin, atau gunakan pinggan yang lebih kecil untuk makan dan jangan sesekali minta tambah!
2. Kurangkan Gula dalam Minuman
Kurangkan minum minuman bertin, sesekali keluar ke kedai apa kata anda minum air masak, selain dapat kuruskan badan ia dapat menjimatkan wang anda. Minum lah sekurang kurangnya 8 gelas air sehari
3. Makan 3 jam sebelum tidur
Kurangkan makan pada waktu malam, dan makan kurang 3 jam sebelum tidur. Jika terlalu lapar, apa kata anda mengunyah buah. Buah epal mungkin?

4. Kurangkan Makanan yang berminyak
Jika anda berada di kedai makan sesekali tukar la menu anda dari bihun goreng ke bihun sup? atau ikan bakar?
5. Banyakan berjalan
Jika anda selalu ke shopping complex, sesekali jangan asyik bergantung dengan eskalator, anda gunakan tangga ini mungkin satu senaman untuk anda. Ataupun jika anda selalu ‘parking’ kereta depan pejabat anda, tak salah jika anda parking jauh sedikit, asalkan tidak membahayakan anda.
6. Bersenam
Bersenam bukan sahaja perlu di taman rekreasi atau di gimnasium. Anda juga boleh bersenam seorang diri di bilik anda. Luangkan 30 minit sehari untuk bersenam dan mengeluarkan peluh. Lihatlah hasilnya!!

                                                                  ~SELAMAT MENCUBA~


SUMBER
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...