Selamat Datang !


Sahabat

Rabu, 30 Mac 2011

Jadikan Blog sebagai salah satu medium utk menyebarkan dakwah islamiah !!

Antara blog2 yg sempat sy lawati dan antara merupakan blog2 DAKWAH YG BAGUS ! :

http://hatisebeningmataair.blogspot.com
http://fieha88.blogspot.com
http://solehahgirlz.blogspot.com
http://faniafnan.blogspot.com
http://fatinnur-afiqrosdi.blogspot.com
http://monyetduduk-bella.blogspot.com
DAN SEBAGAINYA...



lawatilah..byk manfaatnya yang akn anda dapat..
Sekian..
wassalam...

Selasa, 29 Mac 2011

Mudahnya kita jatuh Cinta !

Salam sahabat2 ku yg dirahmati Allah sekalian..

Dan terkadang kecintaan memelikkan kita.
Mengapa mudah kita tertaut hati pada seseorang itu?
Hanya pada pandangan pertama.
Dan dulu seorang adikku
selalu mengatakan itu padaku,
Begitu mudahnya aku menyintai seseorang.
Begitu juga dalam jalan dakwah ini.
Kita akan mudah terjatuh cinta.
Banyak kali
Cinta pada mereka yang memberikan kita rasa faham ini.
Dan cinta kepada mereka yang kita berikan rasa faham ini.
Ia adalah tautan hati
Yang sukar dimengertikan.
Perasaan yang sukar
Dinukilkan dengan lukisan kita
Begitulah besarnya erti cinta pada dakwah ini.
Ia menolak kehendak diri untuk memberi sebuah erti
Jauh dirasakan dekat
Sering bersama tidak mendatangkan kebosanan
Ianya bahagia tiada tara!
Ia mengajar erti untuk tidak berhenti dalam memberi
Ia menolak diri untuk sentiasa mengorbankan diri
demi insan yang baru sahaja dikenali
kerana ikatan hati itu
bertahkik pada cinta Ilahi
( aku dan dia, mengalami rasa yang sama; mudahnya hati ini tertaut dan menyukai manusia. Kerana itu, takutnya apabila dialirkan cinta itu pada yang bukan berhak)
Kerana dakwah dan islam, sentiasa menyatukan hati kita,
Menjadikan kita sentiasa jatuh cinta sesama kita,
Setiap masa.
Mudahnya dakwah ini menjadikan kita
Untuk jatuh cinta!
Kerana Allah: Dialah yang meng'allaf'kan hati2 kita!

وَأَلَّفَ بَيۡنَ قُلُوبِہِمۡ‌ۚ لَوۡ أَنفَقۡتَ مَا فِى ٱلۡأَرۡضِ جَمِيعً۬ا مَّآ أَلَّفۡتَ بَيۡنَ قُلُوبِهِمۡ وَلَـٰڪِنَّ ٱللَّهَ أَلَّفَ بَيۡنَہُمۡ‌ۚ إِنَّهُ ۥ عَزِيزٌ حَكِيمٌ۬
Dan (Dialah) yang menyatukan di antara hati mereka. Kalaulah engkau belanjakan segala (harta benda) yang ada di bumi, nescaya engkau tidak dapat juga menyatukan di antara hati mereka, akan tetapi Allah telah menyatu-padukan di antara (hati) mereka. Sesungguhnya Dia Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. ( Anfal: 63)

"Sesungguhnya di kalangan hamba-hamba Allah itu ada satu golongan,mereka bukan dari golongan para nabi ataupun syuhada',tetapi para nabi dan syuhada' mencemburui mereka,tempat mereka di sisi Allah s.w.t.Kata para sahabat,khabarkan kepada kami siapa mereka? Rasulullah S.A.W bersabda:"Mereka adalah satu kaum yang saling cinta-mencintai kerana Allah,bukan ada hubungan saudara-mara di kalangan mereka dan juga bukan kerana kepentingan.Demi Allah,di wajah mereka ada cahaya dan mereka di atas cahaya.Ketika manusia takut,mereka tidak takut.Ketika manusia bersedih,mereka tidak bersedih.Dan mereka berkata,sesungguhnya wali-wali Allah tidak takut dan tidak sedih."♥
                                              





SUMBER:
artikel iluvislam.com

Isnin, 28 Mac 2011

Aurat wanita di Tempat Gelap

Assalamualaikum...

   Setiap wanita Islam wajib menutup aurat drpd lelaki ajnabi (asing) atau daripada lelaki yang bukan mahramnya sama ada pd malam yg terang atau malam
yang gelap-gelita. Berdosa seorang perempuan mendedahkan auratnya (termasuk rambut) kepada orang yg bukan mahramnya. Pernah seorang Sahabiyyah ( Sahabat Rasulullah SAW di kalangan kaum Muslimah ) bertanya kpd Rasulullah SAW mengenai seorang perempuan yg didatangi oleh seorang lelaki buta/rabun . Apakah dia perlu menutup auratnya atau berhijab? Lantas dijawab oleh Rasulullah SAW . " Sekiranya ia tak dapat  melihat engkau kerana rabun atau butanya,maka apakah engkau tidak dapat melihatnya? "     
     Maksud daripada jawapan Rasulullah ini ialah jangan sekali-kali memandang remeh mengenai pendedahan aurat ,sekalipun kepada seorang buta yang tidak dapat melihat.
Pada malam yg gelap-gelita ,masih ada samar-samar cahaya yg membolehkan perempuan itu dilihat oleh seseorang atau dia melihat orang itu.Perlu perempuan itu menutup auratnya.
Pada zaman kini,, ramai yang mengambil ringan mengenai aurat wanita ini..seorang wanita/perempuan wajib menutup aurat walau berada di mana pon..walau keluar dari rumah sekejap sahaja..hendaklah menjaga kehormatan diri dengan menutup aurat di seluruh badan kecuali tapak tangan dan
muka..Apa faedah yg kita dapat apabila kita mendedahkan aurat kita ? ap guna nya ? dapat memuaskan hati kita ke ? hendak menunjukkan kepada orang lain yg kita ni lebih cantik ? rasanya pakai tudung lagi cantik daripada menunjukkan rambut kita...
Pada Zaman ini juga, terdapat segelintir wanita yg memakai tudung tetapi memakai baju yg berlengan pendek,baju yang ketat dan jarang..adakah ia menepati ciri2 untuk menutup aurat? tidak kan..kita mesti mengikut  ciri2 yang bertepatan dengan syariat islam..(menutup aurat).

Sekian...
renung2-renungkanlah....

                                                               *GAMBAR HIASAN*

Khamis, 24 Mac 2011

BERDOA

Salam..
Alhamdulillah,kita masih lagi boleh bernafas dan boleh berdoa sentiasa kepada-Nya
kali ini saya nk kongsikan mengenai DOA.

Berdoa merupakan amalan penting yang dapat menghubungkan insan dengan Allah SWT sebagai penyelesaian segala masalah rohani dan jasmani , pelerai kesulitan
dunia dan akhirat.
Allah SWT berfirman:

Maksudnya:" Dan apabila hamba-Ku bertanya kepadamu mengenai-Ku,sesungguhnya Aku terlalu hampir. Aku perkenankan doa orang yang meminta apabila ia berdoa
kepada-Ku"
                    ( Surah al-Baqarah: 186 )

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :
Daripada Abu Umamah  r.a. katanya : Telah ditanya orang akan Rasulullah SAW:
"Ya Rasulullah, manakah dia doa yang paling didengari?"
Rasulullah SAW bersabda , "Di penghujung malam yang terakhir dan selepas solat lima waktu,"
               (Riwayat al-Tirmizi)




Adab Dan Sifat Berdoa

Berdoa ialah suatu ibadah yang mempunyai peraturan yang perlu  dipatuhi supaya dimakbulkan Allah.Antaranya ialah:
* Keadaan bersih diri sebaik-baiknya berwuduk , bersih pakaian dan tempat serta menutup aurat.
* Dalam keadaan khusyuk dan merendahkan diri kepada Allah dan menghadap ke arah kiblat.
* Merendahkan suara dan tidak menggangu orang lain.
* Jangan menggunakan lafaz doa yang bersajak.
* Yakinkan bahawa doa yang dipohon itu diperkenankan oleh Allah SWT.
* Memulakannya dengan memuji Allah dan selawat (ke atas Nabi SAW) dan juga mengakhirinya dengan pujian terhadap Allah dan berselawat.
* Beristighfar (bertaubat) sebelum berdoa.
* Hendaklah memahami isi dan maksud doa yg dilafazkan
* Doa bukan bertujuan melakukan dosa atau memutuskan hubungan silaturahim dan jangan memohon segera dimakbulkan doa tersebut.
* Memulai doa dengan memohon keampunan utk dosa diri sendiri,kemudian utk saudara-mara beriman.
* Dengan penuh pengharapan dan jangan cuba mengatakan : " Ya Allah ,ampunkanlah daku sekiranya Engkau mahu,rahmatilah sekiranya Engkau inginkan."
* Berdoa dengan suara perlahan
* Mengangkat kedua-dua tangan sehingga ke paras bahu.
* Menadah tapak tangan mengarah ke langit dan sekiranya meminta perlindungan ,tapak tangan mengarah ke bawah.

Waktu Mustajab Berdoa

* Waktu pagi sebelum terbit matahari dan setelah  selesai menunaikan solat subuh.
* tiap2 selepas solat fardhu lima waktu.
* Antara solat zuhur,Asar,dan maghrib.
* Antara Azan dan Iqamah atau selepasnya.
* ketika bangun tidur
* ketika hujan turun
* Ketika hendak masuk dan keluar  masjid.
* Antara takbir solat hari raya.
* Ketika sujud dlm solat khususnya pd sujud terakhir.

Tanda-tanda Doa dimakbulkan

* Terasa sesuatu yg menakutkan
* Menangis tatkala berdoa(bukan dibuat-buat)
* terasa menggeletar beberapa ketika semasa berdoa.

AMALKAN LAH UTK KEBAIKAN DUNIA DAN AKHIRAT..
WSALAM..

Jumaat, 18 Mac 2011

Cinta Allah ?

"Jika sesiapa bertanya kepada mu samada kamu cinta kepada Allah, hendaklah kamu diam kerana jika kamu kata: "Saya tidak cinta kepadaNya", maka kamu kafir dan jika kamu berkata, "Saya cinta", maka perbuatan kamu berlawanan dengan katamu."

Menyembah Atau  Beribadah kepada Allah dapat dilaksanakan apabila tercetus rasa cinta yang suci kepada Allah dan rela (ikhlas) menundukkan diri serendah-rendahnya kepada-Nya. Seseorang hamba itu disifatkan sedang menyembah Allah apabila dia menyerahkan seluruh jiwa raga kepada Allah, bertawakal kepada Allah, berpegang teguh kepada ajaran-ajaran Allah, berpaut kepada ketentuan Allah, meminta (mengharap) serta memulang (menyerah) sesuatu hanya kepada Allah, berjinak-jinak dengan Allah dengan cara sentiasa mengingati-Nya, melaksanakan segala syariat Allah dan memelihara segala perlakuan (akhlak, perkataan dan sebagainya) menurut cara-cara yang diredhai Allah.

Kesan dari tauhid, perasaan ‘ubudiyyah (pengabdian) kepada Allah akan bertambah sebati dan terserlah dalam kehidupan manusia apabila semakin mendalam pengertian dan keinsafannya tentang hakikat bahawa manusia itu terlalu fakir di hadapan Allah. Manusia sentiasa bergantung dan berhajat kepada Allah. Manusia tidak boleh terlupus daripada kekuasaan dan pertolongan Allah walaupun sekelip mata.

Begitu juga dengan cinta atau kasih (hubb) manusia kepada Allah dan rasa rendah diri (khudu’) manusia kepada Allah yang akan bertambah teguh apabila semakin mantap makrifat dan kefahamannya terhadap sifat-sifat Allah, Asma’ Allah al-Husna (nama-nama Allah yang terpuji), kesempurnaan Allah dan kehebatan nikmat kurniaan Allah.

Semakin terisi telaga hati manusia dengan pengertian ‘ubudiyyah terhadap Allah, semakin bebaslah dia daripada belenggu ‘ubudiyyah kepada selain daripada Allah. Seterusnya dia akan menjadi seorang hamba yang benar-benar tulus dan ikhlas mengabdikan diri kepada Allah. Itulah setinggi-tinggi darjat yang dapat dicapai oleh seseorang insan. Semoga Allah melimpahkan dalam diri ini kesucian Tauhid yang hakiki dan bebas dari perkara yang syirik. Amin.

Khamis, 17 Mac 2011

Kepada siapa kita harus takut ?

Salam..
Syukur kepada Allah kerana kita masih dapat menghirup udara yang percuma di dunia ini dan bersyukur kita dapat bernafas dengan selesa...
Kali ini sy ingin berkongsi mengenai tajuk yg telah dinyatakan di ats...
semoga anda mendapat sedikit  pengetahuan walaupun sedikit..insyaallah...

"SEANDAINYA kamu mengetahui apa yang aku ketahui,nescaya kamu lebih banyak
menangis daripada ketawa."
                                      
                                          ( HR.Bukhari dan Muslim )
         

                                                        
                      Orang yang benar-benar takut kepada Allah s.w.t. ialah yang lebih banyak
menangis daripada ketawa, dan yang lebih banyak diam daripada berbual-bual
kosong apalagi bertengkar.


                      Pada suatu hari, Wahab bin Munabih memimpin Ibnu Abbas r.a. yang telah tua
dan kehilangan penglihatannya ke Mesjidil Haram. Sampai di sanA, Ibnu Abbas
mendengar beberapa orang sedang berbual dengan suara yang lantang dan
setengahnya ada yg ketawa keras. Lalu dia meminta supaya dibawakan ke hadapan mereka.
Selepas memberi salam, Ibnu Abbas r.a. berkata: " Izinkan aku menceritakan
darihal hamba-hamba Allah yg sebenar-benarnya.Mereka adalah manusia yg tidak ingin
berkata-kata kerana takutkan Allah. Sungguhpun mereka tidak bisu dan sebaliknya
dapat menggunakan bahasa dengan fasihnya tetapi oleh kerana selalu memuji Allah,
mereka tidak dapat memperkatakan yg demikian rupa,mereka bersegera ke arah
kebaikan. Mengapakah kamu sekalian telah menyeleweng dari jalan ini ? "
Wahab bin Munabih berkata : " Selepas peristiwa itu, aku tidak melihat manusia
berkumpul di Mesjidil Haram (untuk berbual-bual kosong apalagi untuk bertengkar )"
Takut kepada Allah bermakna takut kepada seksa-Nya yg amat dahsyat.Sebagaimana firman
Allah  s.w.t.:
    " Dan hanya kepada-Ku hendaknya kamu merasa takut."
                                                                (Al-Baqarah:40)

    " Dan Allah memperingatkan kamu terhadap seksa-Nya."
                                                                   (Ali-Imran:30)

Orang yang benar-benar takut kepada Allah telah disediakan baginya dua syurga seperti firman
Allah s.w.t.:
    "Dan bagi orang yang takut akan saat menghadap  Tuhannya , disediakan baginya dua syurga."
                                                                  (Ar-Rahman:46)

               Takut kepada Allah s.w.t. juga bermakna melaksanakan seluruh syariat islam dan mentaati
Rasul serta pemimpin dari kalangan orang yg soleh. Berkenaan dgn kewajiban ini, Rasulullah
s.a.w.Bersabda:
      " Hai sekalian manusia, takutlah kamu kepada Allah,dan jika kamu diperintah oleh
seorang hamba bangsa Habsyi yang rompong hidungnya, maka hendaklah kamu dengar dan taat
kepadanya, selama ia menegakkan kitab Allah bagi kamu,"


Sampai disini sahaja coretan saya..semoga anda mendapat manfaat ap yang dikongsi..insyaallah...
Semoga berjumpa pada c0retan yg akn datang...wsalam...


Rabu, 16 Mac 2011

Aurat !!! jagalah aurat anda ..

“Baiklah pelajar-pelajar sekalian, tentang aurat antara bukan muhrim dalam Islam bagi laki-laki….bla…bla…bla… dan untuk perempuan, daripada bla…bla…bla…”

Perkara di atas adalah ayat-ayat yang selalu kita dengar waktu sekolah dahulu. Mesej ini juga disampaikan oleh penyampai-penyampai Islam. Ada yang ikut sebaik-baiknya dengan memahami hukum tersebut, ada yang juga ikut dengan cara yang tak betul dan ada pula yang tidak ikut langsung. Banyak pula fesyen pakaian diwujudkan. Tapi adakah semua itu sesuai untuk kita sebagai umat Muhammad SAW. Adakah kita benar-benar faham akan maksud menutup aurat ini? 

Allah berfirman “Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu, dan pakaian perhiasan; dan pakaian yang berupa taqwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur)”(7:26). 

Dalam ayat ini jelas perintah Allah untuk berpakaian berupa takwa, pakaian yang menunjukkan ketakwaan kita kepada Allah. Berpakaian takwa yang mana bukan semasa menunaikan ibadat semata-mata, kerana takwa itu perlu ada setiap saat and Allah itu Maha melihat.
Pada zaman yang penuh fitnah ini, kita dapat hilang ramai orang yang mengaku Islam tetapi berpakaian seperti tidak Islam terutama kaum wanita. Adakah kita sudah tidak takut pada Allah dan Hari akhirat? Apa sudah jadi dengan iman kita? Apakah kita telah lupa dengan azab Allah yang amat dahsyat?

Terdapat hadis daripada Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:“Ada dua gologan yang akan menjadi pengghuni neraka. Aku belum pernah meluhat mereka iaitu golongan yang mempunyai cemeti cemeti bagaikan ekor lembu yang digunakan untuk memukul orang dan golongan kedua adalah para wanita yang berpakaian tetapi telanjang, berlenggang-lenggok ketika berjalan, menarik perhatian orang yang melihat mereka. Kepala mereka (sanggul/fesyen) bagaikan bonggol unta yang senget. mereka tidak akan masuk syurga and tidak dapat bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga boleh terhidu dari jarak perjalanan yang sangat jauh.” (Riwayat Muslim no. 3971). . Hadis sangat jelas menyatakan azab Allah kepada para wanita yang tidak menutup aurat dengan sempurna. Wanita-wanita yang telah dihuraikan di dalam hadis ini, menunjukkan kebanyakkan wanita-wanita masa kini, seperti berpakaian ketat, tidak menutup rambut dan bahagian dada sebaik-baiknya.
Sikap tidak menutup aurat ini sangat memberikan kesan negatif bukan saja kepada diri sendiri tetapi juga kepada orang lain. Sikap ini boleh menyebabkan wanita lain menjadi mangsa nafsu serakah lelaki yang durjana. Wahai saudari sekalian, adakah anda suka menjadi penyebab keganasan ke atas wanita lain? Wanita ini bagaikan mutiara, ia akan selamat jika berada dalam cengkerang, jika terbuka cengkerangnya pasti akan dinodai orang.

Allah dengan jelas telah menyatakan tentang aurat wanita yang sepatutnya, “Dan Katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman agar mereka menjaga pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kemaluannya; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutupkan kain kerudung ke dadanya dan janganlah menampakkan perhiasan (auratnya) kecuali kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, Wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.” (24:31)

Adalah kewajiban umat Islam untuk mematuhi hukum Allah yang seperti di atas. Jika dikatakan tudung, bukan sahaja untuk menutup kepala, tetapi juga untuk menutup aurat di bahagian dada. Jika dikatakan pakaian yang menutup kulit sepenuhnya, mestilah longgar dan tebal bukan ketat atau nipis sampai menampakkan bentuk tubuh. Sejarah telah menunjukkan bagaimana manusia telah terkena azab Allah kerana melanggar perintahNya. Semoga Allah melindungi kita daripada azabNya.

Wahai saudara-saudara sekalian, sebagai seorang lelaki, seseorang itu tidak sepatutnya bersifat dayus dalam memastikan sempurna aurat isterinya, anak perempuannya, dan saudara perempuannya. Jika tanggung jawab ini tidak dilaksanakan, pastilah kita dalam kemurkaan Allah. Jelaslah kini, lelaki dan wanita amat memainkan peranan penting dalam isu ini. Mungkin seseorang itu akan berkata,”Saya masih muda lagi untuk menutup aurat bila saya dah tua, saya akan menutup aurat”. Adakah kita telah lupa yang Allah yang menentukan hidup mati kita? Adakah pasti kita boleh hidup lama untuk melaksanakan perintah Allah kemudian? Sesungguhnya pemuda mula beribadat dan mengingat Allah pada usia mudanya, akan dinaungi oleh Allah pada hari akhirat.

  • Marilah kita semua muhasabah diri dan bertaubat atas segala dosa-dosa yang telah kita lakukan. Semoga Allah merahmati kita dan member naungan di akhirat kelak. Amin…. Wassalam.

Ahad, 13 Mac 2011

Jangan Sombong Dengan Takdir

Salam ...



Jika hendak dikirakan ’beriman’ dengan Allah, iblis laknatullah sepatutnya lebih tinggi imannya kepada Allah. Masakan tidak, dia pernah berdialog dengan Allah (dialog yang telah dirakamkan dalam Al Quran). Dia percaya kepada syurga dan neraka. Bukan sahaja percaya bahkan telah melihatnya. Syaitan yakin tentang adanya Hari Pembalasan..  Hendak diukur dari segi ibadah, ya ibadah iblis begitu hebat. Puluhan ribu tahun sujud, rukuk dan membesarkan Allah hingga terlantik sebagai ketua malaikat. Cuma satu… syaitan kecundang kerana tidak dapat menerima takdir Allah.

Takdir yang menentukan Adam dipilih menjadi Khalifah dan dia diperintahkan sujud lambang hormat kepada Allah dalam mentaati Allah. Syaitan tidak boleh menerima takdir ini.. Mengapa dia yang dijadikan daripada api (sedangkan Adam hanya daripada tanah), mengapa dia yang lebih ’senior’ dalam ibadah dan hirarki kepimpinan tidak terpilih menjadi khalifah, sedangkan Adam hanya ’pendatang’ baru yang diciptakan terkemudian?

Iblis sombong kerana tidak menerima ketentuan takdir. Dan dia terhina kerana itu. Lalu kita siapa yang mampu menidak dan meminggirkan takdir? Allah, itu Maha Besar, qudrat dan iradatnya tidak akan mampu kita nafikan. Jika cuba menafikan, kita akan terhina… seperti terhina iblis. Dilaknat dan dimasukkan ke neraka… kerana gugur sifat kehambaannya!

Dalam episod hidup, takdir datang menguji kita. Mengapa aku mendapat suami yang begini? Mengapa isteriku tidak sebegitu? Kenapa ketua ku orang semacam dia? Kenapa anak ku cacat? Mengapa isteri tersayang ku pergi dulu? Kenapa aku tidak kaya-kaya lagi walaupun telah berusaha. Bila masalah melanda kita merasakan kitalah yang paling menderita. Mengapa aku yang tertimpa nasib begini? Mulut berbicara mengaku Allah itu Tuhan kita tetapi mengapa kehendak-Nya kita tidak rela? Benarnya, masalah, ujian dan cabaran dalam hidup itu sangat berkaitan dengan iman.

Iman iblis hancur berderai bila diuji dengan takdir. Ego terpendamnya selama ini terserlah. Terbakar hangus seluruh ibadah yang dibinanya ribuan tahun. Aduh, bagaimana pula kita yang iman hanya setipis kulit bawang dan ibadah yang hanya sekelumit ini? Pujuklah hati, terima takdir itu dengan rela. Katakan,  ya Allah… sungguh sakit, sungguh perit, tapi apakan daya, aku hambaMu, Kau lebih tahu apa yang terbaik untukku berbanding diriku sendiri. Ya Allah, jangan Kau serahkan aku kepada diriku sendiri walaupun sekelip mata. Tadbirku seluruh dan sepenuh sujud pada takdir MU.

Takdir sentiasa mengatasi tadbir. Takdir daripada Allah, sedangkan tadbir hanya dari kita hamba-Nya. Kekadang takdir dan tadbir selari, maka terjadilah apa yang kita inginkan terjadi. Namun acapkali takdir dan tadbir bersalahan, maka terjadilah apa yang kita tidak inginkan. Kita ingin putih, hitam pula yang menjelama. Kita dambakan kejayaan, kegagalan pula yang menimpa. Ketika itu hati akan bertanya, apa lagi yang tidak kena? Semuanya telah kutadbirkan, tetapi kenapa gagal jua? Ketika itu timbullah bunga-bunga ‘pemberontakan’ dari dalam diri hamba yang kerdil berdepan dengan Tuhan yang Perkasa. Samada disedari atau tanpa disedari…

Takdir daripada Allah mengandungi banyak hikmah. Ia mengandungi mehnah (didikan langsung dari Allah) yang kekadang tersembunyi daripada pengamatan fikiran biasa. Ilmu semata-mata tanpa iman yang kuat, akan menyebabkan kita terkapai-kapai dalam ujian hidup tanpa pedoman yang tepat. Justeru, dengan akal semata-mata kita tidak akan   dapat meringankan perasaan pada perkara-perkara yang tidak sejalan dengan diri dan kehendak kita. Mengapa terjadi begini? Sedangkan aku telah berusaha?

Untuk mengelakkan hal itu terjadi maka kita mesti berusaha mencari-cari hikmah-hikmah yang terkandung dalam ketentuan (takdir) Tuhan. Ya, hanya manusia yang sempurna akal (ilmu)  dan hati (iman) sahaja dapat menjangkau hikmah yang terkandung  di dalam cubaan dan bala yang menimpa durinya. Kata orang, hanya jauhari mengenal manikam.

Orang yang begini akan menjangkau hikmah di sebalik takdir. Dapat melihat sesuatu yang lebih tersirat di sebalik yang tersurat. Ya, mereka tidak akan beranggapan bahawa sifat lemah-lembut Allah lekang daripada segala bentuk takdir-Nya – samada yang kelihatan positif atau negatif pada pandangan manusia. Ertinya, mereka merasai bahawa apa jua takdir Allah adalah bermaksud baik. Jika sebaliknya, mereka merasakan bahawa Tuhan bermasud jahat dalam takdir-Nya, maka itu petanda penglihatan hati tidak jauh, dan akalnya pendek.

Mengapa terjadi  demikian? Sebab iman belum mantap, keyakinan masih lemah dan tidak kenal Allah dalam ertikata yang sebenarnya. Bila ketiga-tiga faktor itu sempurna, maka barulah seseorang itu mampu melihat bahawa di dalam cubaan dan bala yang ditakdirkan mengandungi hikmah-hikmah yang baik. Hanya dengan itu, seseorang itu akan merasa senang dan bahagia dalam menghadapi sebarang ujian dalam hidupnya.
Bagaimana kita dapat meringankan beban hati ketika menghadapi ujian hidup? Ya, hanya pertalian hati seorang hamba dengan Allah sahaja yang menyebakan ringannya ujian dan cubaan. Hati yang disinar dengan cahaya Allah dan cahaya sifat-sifat-Nya akan berhubung dengan Allah. Untuk meringankan kepedihan balayang menimpa, hendak dikenal bahawa Allah-lah yang menurunkan bala itu. Dan yakinlah bahawa keputusan (takdir) Allah itu akan memberikan yang terbaik.

Bila kita kenal Allah Maha Pengasih dan Penyayang, kita tak boleh buruk sangka kepada Allah dengan menganggap apa yang ditakdirkan (ujian) itu adalah sesuatu yang tidak baik. Iktikad (yakin) kita semua ketentuan Allah itu adalah baik – ujian itu pasti ada muslihat yang tersembunyi untuk manusia, akan menyebabkan hati terubat. Walaupun pahit, ditelan jua. Sematkan di hati bahawa pilihan Allah untuk kita adalah yang terbaik tapi kita tidak atau belum mengetahuinya. Bila terjadi nanti, barulah kita tahu.

Katalah kita ditimpa penyakit atau kegagalan… itu mungkin pada hakikatnya baik pada suatu waktu nanti. Betapa ramai, mereka yang sakit, tetapi akhirnya mendapat pengajaran yang besar di sebalik kesakitannya. Contohnya, apa yang berlaku kepada Cat Steven… yang sakitnya itulah yang menyebabkan beliau mendapat hidayah dan akhirnya memeluk Islam? Dan betapa ramai pula yang gagal pada mulanya tetapi dengan kegagalan itu bangkit jiwa juang yang lebih kental yang akhirnya membuah kejayaan? Hingga dengan itu masyhurlah kata-kata bahawa kegagalan itu hakikatnya adalah kejayaan yang ditangguhkan!
Para ahli hikmah (bijaksana) merumuskan bahawa, antara hikmah ujian ialah, hati akan lebih tumpuan kepada Allah. Dengan ujian, seseorang akan dapat menambah tumpuan dan penghadapannya kepada Allah. Sebab bala dan ujian bertentangan dengan kehendak, keinginan dan syahwat manusia, seperti sakit, rugi, miskin dan lain-lain. Dengan ini nafsu akan terdesak, tidak senang dan ingin lepas daripada ujian. Bila nafsu terdesak, ia akan terdidik secara langsung. Ia akan tertekan dan menjadi jinak. Hakikat ini akan membuka pintu rahmat Allah kerana nafsu yang liar sangat mengajak kepada kejahatan. Bila nafsu hilang kekuatannya maka manusia tidak akan jatuh ke lembah dosa dan maksiat dengan mudah.

Hati, tidak dapat tidak mesti bersabar. Hati akan terdidik untuk redha dan tawakal, kerana yakin Qada dan Qadar Allah pasti berlaku. kerana manusia harus terima, tidak boleh menolak ujian itu. Hamba yang soleh menanggung Qadar dengan sabar (bahkan) gembira dengan pilihan Allah. (Ujian adalah pilihan Allah bukan pilihan manusia). Tidak ada pilihan Allah yang tidak baik. Semuanya baik belaka.
Hakikat ini akan menyebabkan kita akan lebih mendekat kepada agama. Hikmah ini walaupun sebesar atom tetapi bila melekat di hati kebaikannya lebih tinggi dari amal lahiriah walaupun sebesar gunung. Justeru, bila hati baik semua anggota badan menjadi baik. Inilah yang ditegaskan oleh Allah menerusi firman-Nya:
“…Dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu sedangkan sesuatu itu merosakkan kamu. Dan Allah mengetahui, sedangkan kamu tidak tahu.” Surah Al Baqarah : 216

Sesungguhnya, dalam ujian Allah terselit nikmat-Nya. Mungkin kita tertanya-tanya apakah nikmatnya bila sakit, miskin, gagal, dihina dan sebagainya? Hendaklah kita faham bahawa nikmat di sisi Allah  itu terbahagi dua. Pertama, nikmat lahir. Dan kedua, nikmat batin (rohaniah). Nikmat lahiriah ialah sihat, selamat dan kebaikan fizikal yang lain. Manakala nikmat batiniah ialah nilai-nilai keimanan, keyakinan dan kesabaran. Dengan ujian kesusahan misalnya, barulah terbina sifat sabar. Dan sabar itu adalah separuh daripada keimanan.

Ujian juga akan menghapuskan dosa dan kesalahan seseorang terhadap Allah. Nabi Isa pernah berkata, ”belum dikatakan seorang itu kenal Allah, sebelum dia bergembira dengan musibah dan penyakit ke atas dirinya, kerana berharap supaya dihapuskan kesalahannya.” Bila kita benci dengan ujian, ertinya belum kenal Allah dan (kerana) tidak faham itulah cara (kaedah) Allah mengampunkan dosa kita. Bila kita gembira (terima dengan baik) ujian itu, kerana yakin bahawa yang datangkan ujian itu juga adalah Allah.

Jadi, apabila kita ditimpa ujian maka berusaha dan berikhtiarlah untuk menangani ujian itu tetapi jangan sesekali lupa mencungkil hikmahnya. Oleh yang demikian, apabila diuji, terimalah dengan baik dengan mencari hikmah-hikmahnya kerana tidak ada takdir Allah yang tidak ada hikmahnya. Ingatlah, bahawa orang soleh itu bila diuji, hikmah-hikmah ujian akan mendekatkan mereka kepada Allah.

Jangan sesekali kita menjadi orang yang rugi yakni mereka yang buta daripada melihat hikmah justeru akal dan hati hanya melihat sesuatu yang selari dengan hawa nafsunya sahaja. Ingatan para hamba yang soleh kepada Allah akan bertambah dengan ujian-ujianNya. Mereka merasakan ujian itu satu petanda yang Allah telah memilih mereka. Mereka sentiasa berbaik sangka dengan Allah dengan cara menyedari (mencari) bahawa setiap yang berlaku samada pahit atau manis pasti ada hikmahnya. Mereka tidak melihat hanya ’asbab’ (sebab-sebab) tetapi matahati mereka dapat menjangkau ’musabbabil asbab’ (Penyebab – Tuhan).
Hati mereka berkata:
”Inilah hakikat hidup yang dipilih Allah untukku. Aku akan terus berbaik sangka kepada Allah… DIA akan mengubat, melapang dan memberi kemenangan di sebalik ujian ini. Ya, aku tidak tahu, kerana ilmuku terbatas. Tetapi kerana Allah yang Maha Penyayang telah memilih ujian ini untuk diriku maka aku yakin ilmu-Nya Maha luas. Yang pahit ini akan menjadi ubat. Yang pedih ini akan menjadi penawar. Ya, Allah tingkatkanlah imanku bagi mendepani setiap ujian dari-Mu! 
 Sesuatu yang menarik  untuk dibandingkan dengan manusia hari ini yang kita lihat lebih menentang Allah dari syaitan. fikir-fikir... hari ini kita bergelumang dengan riba (sedangkan Allah dan Rasul menentang dan memerangi riba) dan keengganan kita menerima/mempercayai takdir, jodoh / rezeki..QADA'dan QADAR-Nya

sumber

Bersosial Di dunia Maya

Salam..


Dunia yang semakin hari semakin maju . Semuanya maju . Manusia juga maju . Teknologi juga maju . Makanan juga maju . Pakaian juga maju . Everything change other day to other day . Allah yang tentukan semuanya kerana Dia lebih mengetahui . Berkenaan dengan teknologi terkini sudah semestinya internet . Pelbagai input yang boleh diperolehi melalui internet . Ada baik dan buruknya jugak kan . Tak semua buah itu manis , ada juga masamnya . Buruk lebih banyak berbanding baik yang dapat dilihat apabila manusia mula mengenali internet ini


Orang yang menggunakan internet adakah juga akan berubah ? Walahualam , bukan semuanya yang telah gunakan internet untuk tujuan yang salah tetapi ada banyak juga yang menggunakan internet dengan cara yang betul . Gunakan internet untuk perkara yang berfaedah bukan yang sia-sia . Lagipun , Allah sangat menyukai hambaNya yang menggunakan masa itu dengan perkara yang bermanfaat .  Juga boleh melakukan sambil berzikir . Pahala makin bertambah pahala dan aturan kerja akan bertambah mudah .

Semestinya kita akrab dengan teknologi terkini . Facebook , twitter , Myspace adalah antara laman-laman sosial yang hebat diperkatakan dewasa ini . Selain boleh mengeratkan lagi hubungan dengan semua rakan-rakan , medium ini juga disifatkan berkesan untuk memperoleh teman berbual . Malah , boleh juga meluaskan jaringan pergaulan dan mendapatkan pelbagai informasi . Tapi masalah juga akan timbul sebabnya kenalan yang tak pernah kenal mulalah ingin mengenal . Tidak semua orang yang menjadi kawan kita menerusi laman web sosial itu boleh dilabelkan ' menyenangkan ' , tidak semua informasi yang kita perolehi dari rakan siber itu bermanfaat . Sebab itu , kebijakan menjaga diri agar tidak mudah terpengaruh dengan anasir-anasir negatif

INGIN MENGETAHUI CARA SELAMAT BERSOSIAL

'SETTING' MULA PROFILE KAMU PILIHAN MENU 'PRIVATE'
menerusi setting ini , orang yang berada dalam senarai rakan kita sahaja boleh melihat update di halaman kamu . Hindari memberi alamat atau no telefon secara lengkap jika kita ingin berhati-hati .

BERHUBUNG DENGAN RAKAN YANG DIKENALI
bukan sahaja boleh dihindari dari diganggu oleh orang yang tak dikenali malah akan melindungi kita dari serangan virus yang boleh merosakkan komputer . Jadi , mesti semua orang sayangkan komputernya kan ! Jadi jangan cari pasal dengan benda yang anda sayang . Hargai benda itu . (:

LEBIH BAIK JANGAN LETAK FOTO
ingat ! halaman profile boleh diakses oleh orang lain . Jadi langkah awal lagi harus kita ambil supaya info peribadi kita tidak di ambil kuasa .

JANGAN MUDAH PERCAYA
jadilah super spies dulu kalau tak nak nasi menjadi bubur . Jangan menyesal kemudian kerana badan sendiri akan merana . Tidak semua orang itu jujur , jadi berhati-hati sebelum kita diperhatikan .


TIDAK SALAH MENERIMA KAWAN BARU
berhati-hati juga agar rakan yang dikenali itu kamu terima dia hanya dengan niat ingin bersahabat dengannya . Masing-masing tegur akan kesalahan . Menasihati sesama sahabat . Tolong sahabat anda jika mereka memerlukan bantuan tetapi juga di masa mereka senang . Jangan sampai jadi kacang melupakan kulit . Senarai sahabat kamu itu juga bukanlah 'stalker' .

STATUS
jangan jadikan 'status' sebagai tempat melampiaskan perasaan marah anda . Masih banyak perkataan dan ayat yang lebih baik untuk distatuskan seperti kata-kata semangat , hadis , kata-kata Allah dari Al-Quran , info yang berguna untuk semua .
                                                Facebook
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...